dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KIS: Etika Perkongsian Kandungan Digital

10 September 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2026, enam orang peserta telah menyertai Taklimat Kempen Internet Selamat yang bertajuk Etika Perkongsian Kandungan Digital. Taklimat Kempen Internet Selamat ini telah diadakan bagi memberikan kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan mengamalkan etika yang baik ketika berkongsi kandungan di internet. Perkongsian memberi penekanan kepada tanggungjawab pengguna dalam memastikan kandungan yang dikongsi adalah tepat, sesuai dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Peserta turut diberikan panduan mengenai perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum berkongsi sesuatu kandungan, termasuk menghormati privasi, menjaga hak cipta serta mengelakkan penyebaran maklumat palsu atau kandungan yang boleh menimbulkan salah faham. Program ini diharapkan dapat membentuk pengguna internet yang lebih berhemah, bertanggungjawab dan bijak dalam menggunakan media digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.